Hai kengkawan!!
Pekabo??hehe..harap2 semua sihat la hendaknye ye..(amin.........).
Dah berkurun gile kot tak update blog ni..maklumla....S/U najib(sibuk bentang bajet),..hehehe..
For sure that dlm tempoh msa ni ada di antara kita yg sdg berhadapan dengan masalah kan??hmmm..
Masalah adalah dugaan....ada seorang kawan selalu ingatkan..Allah bagi kita masalah sebab Allah rindu nak dengar kita menangis pada Dia..ha.....apa lagi....jom menangis skrg..hihi..main2 pulak kan...xde la..maknenye bila kita tak tahu dan x yakin orang di sekeliling kita boleh faham apa yang sedang kita hadapi tu, The Most Great Listener only Allah....One Creator...Insyaallah......dengan Allah,kita tak bercerita pon Allah dah tahu masalah kita...cuma Dia nak dengar kita mengadu pada Dia je..sebagai bukti kehambaan dan kasih sayang seorang hamba pada Sang Penciptanya...Amin....
btw,tadi ada duk online..pastu terjumpa 1 status dari Pakar Diari Hati....Ayat-ayat dari page ni kadang2 banyak yang kita boleh jadikan panduan...I'allah..Hari ni nak kongsi 1 status dari page tu yang bertajuk Ciri-Ciri Wanita Cantik..
Lets read.!!
Ciri-ciri Wanita Cantik
1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat
bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah
mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi
yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk
meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya
atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah
yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah
perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita
memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada
masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian
rupa.
.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia
bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak
mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin
akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa
menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap
bantuan Allah tidak pernah surut.
.
4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya
ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik
pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya
malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari
yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi
perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang
tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
.
5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri
kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati
hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang
wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang
pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka
inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.
Subhanallah.
.
6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang
ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana
bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya
kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang
membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan
kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari
dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
.
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal
erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan
orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan
diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang
mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari
setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA
Tu la sedikit sebanyak yang nak dikongsi pada hari ini setelah berkurun x update blog ni..hee..
Semoga kita semua sama2 berusaha untuk mempraktikkan ciri2 tersebut dalam diri kita untuk menjadi seorang muslimah yang lagi baik di masa hadapan.......Insyaallah..... :)